Oleh: Akmal Manaf
Demi meringankan beban ditanggung mangsa kebakaran di RH Niga Sungai Niru, Tinjar, Sarawak, Pasukan Kerja Amal KEADILAN Baram pantas menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Biro Bencana dan Kebajikan KEADILAN Baram dalam kenyataan memaklumkan, bantuan berjaya disampaikan selepas menempuh perjalanan selama dua jam menaiki kenderaan pacuan empat roda dari Miri.
"Terima kasih kepada Biro Bencana dan Kebajikan MPN KEADILAN Sarawak, PEWARIS Baram dan Merbau Furniture Sdn Bhd (Taman Tunku) serta pekerja yang menjayakan misi bantuan ini," kata kenyataan itu.
Menurut Tuai Rumah Niga pula, kebakaran yang berlaku sekelip mata itu meranapkan 46 buah rumah.
Susulan kejadian itu, beliau berharap kerja pemulihan dan pembinaan rumah panjang yang baharu akan berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.
"Bantuan (juga) dihulurkan daripada pejabat ADUN N76 Marudi, pejabat Ahli Parlimen Baram dan sebagainya.
"Bersama kita berganding bahu membangunkan semula Rh Niga, Sg Niru, Tinjar, Baram, Sarawak," ujarnya lagi.
Comments