top of page

Bingkisan Fadhlina kepada pengundi DUN Sungai Bakap



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SG BAKAP: Sehari sebelum hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menitipkan sebuah bingkisan buat pengundi kawasan itu yang akan menentukan pilihan mereka esok.


Ini merupakan usaha beliau di saat-saat akhir untuk merayu undi bagi memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) Cikgu Joohari Ariffin.


Menerusi bingkisan bertajuk “Warkah Buat Warga Sungai Bakap” yang dikongsikan di Facebook malam tadi, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, orang sebaik dan secerdik Cikgu Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang.


"Mana mungkin seorang guru membawa watak kayangan ketika seharian bergelumang 'memanusiakan' dan 'menginsankan' insan-insan untuk terus menjadi warga yang santun dan cerdas," kata beliau.


Fadhlina hargai setiap pandangan


Menurut Fadhlina, beliau menghargai setiap pandangan daripada penduduk Sungai Bakap sepanjang tempoh kempen PRK yang akan melabuhkan tirainya pada 11.59 malam ini.


Fadhlina diiringi KEADILAN negeri Selangor berkempen dari rumah ke rumah

"Tidak kira dari penduduk, jentera, pimpinan serta penjawat awam.


"Setiap aduan, permohonan serta jalinan dua hala antara rakyat dan wakil rakyat sememangnya sangat dinantikan.


"Para guru, jururawat, pasukan polis dan seluruh jajaran penjawat awam turut memberikan sisi pandang yang saya terima dengan hati terbuka.


"Pastinya tekad untuk berkhidmat dengan lebih baik ini dapat dijayakan dengan mempunyai rakan sepimpinan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan mempunyai akses untuk agensi dan pelaksana dasar di peringkat negeri dan Persekutuan," katanya.


Menteri Pendidikan itu turut memberi jaminan bahawa tidak akan ada sesiapa pun yang akan dikesamping dan kesejahteraan semua rakyat sentiasa menjadi keutamaannya.


Menoktahkan bingkisannya, Fadhlina menitipkan serangkap pantun untuk sekali lagi menyeru pengundi Sungai Bakap agar mengundi Cikgu Joohari.


Timang tinggi-tinggi,

Sampai cucur atap,

Undilah Cikgu Joohari,

Demi kesejahteraan Sungai Bakap.


Calon PH yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joohari akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dari Pas dalam pengundian esok bagi menentukan ADUN baharu DUN Sungai Bakap.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page