top of page

Bina semula Gaza: 'Lakukan segera, jangan tunggu hak milik tanah Palestin'



Hujah untuk tidak menyegerakan pembangunan semula Gaza, Palestin dengan alasan kemusnahan di kawasan itu berlaku di atas “tanah yang dipertikaikan”, di mana hak pemilikan masih belum diselesaikan tidak relevan.


Menurut Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz semalam mempersoalkan perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangunkan kemudahan awam di Gaza amatlah lemah.


Katanya, persoalan hak milik tanah tidak perlu ditimbulkan kerana negara Palestin sendiri belum merdeka dan Israel boleh menyerang mana mana kemudahan awam tanpa menilai ianya sasaran sah ketenteraan atau pun bukan.


"Selaku individu atau pemimpin (bekas menteri) yang memahami selok belok hubungan antarabangsa seharusnya (Rafidah) tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.


"Israel tidak pernah tunduk dengan mana-mana desakan antarabangsa, khususnya penyelesaian dua negara walau telah diputuskan diperingkat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.


"Oleh yang demikian kenyataan Tan Sri Rafidah (menunggu hak milik tanah) seolah-olah menunggu kucing bertanduk.


"Syarat atau kondisi yang diletakkan untuk kita membantu rakyat Palestin hampir mustahil akan terjadi. Ini adalah berdasarkan rekod sejarah selama ini," kata Amidi dalam kenyataan.


Dalam pada itu bagi perspektif Malaysia pula, katanya, kewujudan negara haram Israel sendiri dipertikaikan kerana membina penempatan di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas dan tidak diiktiraf.


Oleh itu, kata beliau, tidak ada keputusan yang jelas berkenaan pemilikan tanah-tanah di Palestin pada masa ini.


Namun perkara yang penting, ujar Amidi, Rafidah harus sedar bahawa kemudahan awam amat sedikit sekali tersisa setelah setahun peperangan.


"Ada kemungkinan (penderitaan rakyat Gaza) tidak pernah terlintas di media sosial beliau. Solat hari raya dilakukan dalam runtuhan sebuah bangunan. Malah para doktor perubatan ditangkap atau terbunuh ketika hospital dibom.


"Dimanakah rasa kasihan belas Tan Sri (dalam hal ini)?" tanyanya.


Meskipun kata Amidi, ada kebenaran mengenai alasan Rafidah bahawa masih banyak kemudahan awam yang daif dan perlu diperbaiki di Malaysia, namun hal itu tidak mewajarkan negara ini menolak membantu Palestin yang nasib rakyatnya berkali ganda lebih buruk.


Beliau turut membandingkan sekiranya Malaysia ditimpa musibah seperti Palestin, maka apakah negara lain perlu memikirkan kemudahan awam daif di negara mereka sebelum menghulurkan bantuan kepada rakyat negara ini.


"Adakah Tan Sri akan tersenyum gembira tatkala negara kita dirundung musibah dan memerlukan bantuan asing, semua negara memberikan alasan masih ada sekolah daif di negara mereka dan masih ada hospital yang uzur perlu diberikan perhatian," katanya lagi.


Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan membantu pembangunan semula Palestin dan mengalu alukan penglibatan Jepun dalam inisiatif Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah terkesan.


Beliau dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih AS$1 trilion.


Malaysia akan menyumbang pembinaan kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan masjid.


Negara juga bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang akan membangunkan Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza. Ia akan dilancarkan dalam tempoh terdekat selepas Ramadan.

0 comments

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page