top of page

Bina rumah pekerja ladang: Satu lagi janji Kerajaan Madani ditunaikan - Manivanan


Dari kiri: Nga Kor Ming, Vincent Tan dan PM Anwar menyaksikan reka bentuk rumah pekerja ladang
Dari kiri: Nga Kor Ming, Vincent Tan dan PM Anwar menyaksikan reka bentuk rumah pekerja ladang

Perasmian pecah tanah projek pembinaan rumah pekerja ladang di Selangor semalam yang dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bestari Jaya merupakan satu lagi janji penting Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Madani yang berjaya ditunaikan.


Setiausaha Politik Pejabat Perdana Menteri, Manivanan Gowin berkata, Program Residensi Rakyat Harmoni MADANI Bestari Jaya itu yang menggabungkan pekerja dari Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar di Selangor merupakan janji penting dalam Pilihan Raya Umum ke 15 pada 2022 dan Pilihan Raya Negeri Selangor pada 2023 lalu.


Katanya, semalam merupakan hari gemilang kepada 245 keluarga peladang yang telah memperjuangkan hak mereka hampir 26 tahun untuk memperolehi sebuah rumah.


"Pimpinan PH dan Kerajaan Madani telah memberikan komitmen bahawa isu ini akan diselesaikan dalam masa terdekat. Hari ini terbukti bahawa janji yang diberikan kepada rakyat biasa khususnya kepada pekerja ladang di lima ladang tersebut, dikotakan

Manivanan Gowin
Manivanan Gowin

"Pencapaian dan kejayaan seperti ini hanya dapat direalisasikan apabila terdapat proses rundingan dan kerjasama daripada semua pihak seperti yang ditekankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu, hasil daripada rundingan dan kerjasama semua pihak, PM telah memperuntukkan RM40 juta mewakili Kerajaaan Persekutuan menyelesaikan isu berkenaan. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM35 juta manakala tapak tanah seluas 20 ekar disediakan secara percuma oleh Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB).


Manivanan yang turut memperjuangkan hak pekerja ladang itu sebelum ini turut berbangga dengan tindakan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.


"Sebagai salah seorang yang telah turut berkempen di ladang ladang tersebut, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Terima kasih juga kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Menterinya YB Nga Kor Ming, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dan Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB), Tan Sri Vincent Tan.


"Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk membela nasib pekerja ladang tersebut sepanjang 26 tahun ini," katanya.


Tegas Manivanan, dengan bermulanya projek perumahan itu maka terbukti PM Anwar mampu meneruskan agenda reformasi beliau untuk membela nasib rakyat biasa tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan status.


"Penyelesaikan Isu Perumahan Pekerja Ladang bagi Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar ini hanya boleh diselesaikan oleh seseorang pemimpin yang mempunyai niat dan hasrat yang baik serta jujur untuk membela nasib rakyat yang tertindas," katanya lagi.


Dengan itu, katanya, tuduhan PM melupakan nasib kaum India atau meninggalkan agenda reformasi adalah terbukti tidak benar sama sekali.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page