top of page

Bina lebih banyak Baitul Mahabbah untuk kanak-kanak warga asing hidup kondusif



Lebih banyak penempatan khas sementara untuk kanak-kanak warga asing dikenali Baitul Mahabbah akan dibuka bagi memastikan mereka tinggal dalam keadaan lebih kondusif.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi tujuan itu satu usul akan dikemukakan kementeriannya menjelang Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada Oktober depan.


"KDN akan mengusulkan lagi pembukaan Baitul Mahabbah untuk mengeluarkan 1,300 kanak-kanak dari depoh tahanan Imigresen," katanya dipetik pada sidang media sempena sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia dan Majlis Apresiasi Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) di Putrajaya pada Selasa.

Baitul Mahabbah merupakan penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).


Setakat ini Baitul Mahabbah beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Bekenu; Sarawak dan tiga lagi kemudahan itu dalam perancangan untuk dibuka tahun ini di Kedah, Kelantan dan Johor yang membabitkan peruntukkan RM10 juta.


Setiap Baitul Mahabbah boleh dihuni 300 kanak-kanak warga asing terdiri daripada mereka yang lahir di depoh tahanan imigresen atau ditinggalkan ibu bapa masing-masing ketika operasi imigresen.


Ketika ditempatkan di kemudahan itu, mereka akan berpeluang mendapat pendidikan tidak formal selain diberi penjagaan kesihatan diri.


"Mereka boleh beraktiviti dan bermain dengan jauh lebih baik berbanding ditempatkan terus bersama tahanan dewasa yang lain," tambah Saifuddin.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page