top of page

Biarpun dikritik, Malaysia mampu tingkatkan prestasi ASEAN - Pakar



Meskipun dikritik, Malaysia dipercayai mempunyai kemampuan untuk menerajui ASEAN secara berkesan dan meningkatkan prestasinya, kata pakar.


Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Luar ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada Mei 2025 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Kerjasama Teluk (GCC) yang dijadualkan pada April 2025, merupakan medan untuk Malaysia membuktikan kemampuannya.


Profesor Pengajian ASEAN Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Phar Kim Beng berkata, kejahilan sistemik tentang bagaimana ASEAN berfungsi, khususnya dalam hubungannya dengan rakan dialog seperti Australia, India, China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) membuatkan tidak ramai pemikir di dalam atau luar rantau Asia Pasifik tahu bagaimana mengulas secara membina tentang pertubuhan serantau itu serta hal ehwal global dengan kritikal.


"Oleh itu, sama ada kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim datang daripada Bridget Jones atau Bonnie dan Clyde di AS, Malaysia dan ASEAN harus memahami bahawa komen sedemikian hanyalah mengikut kerangka yang ditetapkan oleh Piagam PBB dan ASEAN," katanya.


Kim Beng menarik perhatian bahawa Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia kali ini agak berbeza dengan sebelumnya kerana pemerintah Kerajaan Perpaduan dibentuk oleh anggota Kabinet daripada parti-parti yang sebelum ini bersaing.


"Sebagai contoh, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan tidak datang dari laluan politik yang sama dengan Anwar. Kedua-duanya berasal dari UMNO.


"Sementara itu, Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula berasal dari Parti Keadilan Rakyat. Malah, Menteri Pelancongan berasal dari Sarawak, yang juga daripada parti berbeza," ujarnya.


Dalam hal ini kata beliau, pakar teknikal ASEAN akan dapat mengenal pasti dengan segera sama ada seseorang itu benar-benar memahami ASEAN atau sebaliknya.


Tambahnya, tahun ini merupakan masa di mana pengerusi dan negara anggota harus melihat ASEAN sebagai satu komuniti yang merangkumi 700 juta penduduk, bukan sebagai entiti yang diurus dan dibahagikan mengikut politik, keselamatan, ekonomi serta sosio budaya.


Dalam konteks ini, Kepengerusian ASEAN adalah berdasarkan kepada memastikan "kelestarian dan keterhubungan" ASEAN dan ia merupakan sejarah PBB serta pertubuhan serantau itu.


"Secara lebih khusus, ia berasal daripada Pelan Tindakan Induk ASEAN (MAP 2010 dan 2015) seperti yang dipersetujui di Hanoi dan Putrajaya ketika itu.


"Hanya dengan kembali kepada sejarah dan realiti semasa, ASEAN dapat merangka hala tuju ke tahun 2045, yang sekali lagi merupakan tanggungjawab utama sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.


"Ini adalah fakta yang tidak diketahui oleh mereka yang hanya melihat ASEAN pada permukaan tanpa menyelaminya secara mendalam," jelas Kim Beng.


Justeru itu, beliau optimis meskipun menghadapi ketidak tentuan dasar dari negara maju seperti Amerika Syarikat, mahupun Perubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia boleh menanganinya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page