top of page

Bersatu paling gerun jika UMNO-Pas kembali bekerjasama



Kepimpinan Barisan Nasional (BN) telah menegaskan bahawa tiada perbincangan diadakan antara UMNO dan Pas termasuk melibatkan kemungkinan kedua-dua parti berteraskan Melayu itu menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebenarnya Bersatu akan menjadi parti yang paling gerun serta risau jika perbincangan antara UMNO dan Pas untuk menjalin kerjasama dalam PRU-16 benar-benar wujud.


"Apatah lagi kita tahu ramai di (DUN) Nenggiri yang mengharapkan supaya Pas bertanding. Jadi saya rasa apa pun, paling risau adalah Bersatu.


"Mereka tahu dan mereka faham mereka adalah liabiliti kepada PN, kepada Pas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap kerajaan ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa berlaku rundingan sulit di antara UMNO dan Pas, serta kemungkinan ada kebimbangan di pihak PH.


Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata terdapat pertemuan bersama pemimpin utama UMNO untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU-16.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang terletak di Parlimen Gua Musang, Kelantan akan diadakan pada 17 Ogos dengan kempen bermula secara rasmi pada hari penamaan calon iaitu pada 3 Ogos.


Kerusi Nenggiri diisytiharkan kosong ekoran keputusan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Amar Abdullah, pada 19 Jun lalu.


Kekosongan itu disebabkan penyandang kerusi terbabit, Mohd Azizi Abu Naim yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Bersatu menukar sokongan kepada kerajaan perpaduan.


Beberapa pihak dalam Pas mendesak agar kerusi DUN Nenggeri dikembalikan kepada parti itu dan bukannya Bersatu bagi mengelak berulangnya kejadian wakil rakyat berpaling tadah.


Pada awal bulan ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menegaskan UMNO menolak kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang tampuk pimpinan parti berkenaan.


Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Abdul Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page