top of page

BERNAS sokong usaha kerajaan turunkan harga beras import



Oleh: Azuan Ab Rahman


Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyambut baik semua inisiatif dilaksana Kerajaan MADANI dalam usahanya meringankan beban kos sara hidup rakyat.


Perkara itu dinyatakan Bernas menerusi kenyataan pada Sabtu susulan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berhubung harga baharu Beras Putih Import (BPI).


"BERNAS mendokong usaha kerajaan untuk melihat harga BPI berada pada paras yang lebih rendah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.


"Pada Mac lepas, Bernas telah menurunkan harga BPI daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik di Semenanjung Malaysia walaupun ketika itu trend harga beras masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun.


"Ia jelas membuktikan komitmen BERNAS yang sentiasa bekerjasama rapat dengan KPKM serta pemain industri bagi menjamin ketersediaan produk selain mendukung agenda keterjaminan makanan," kata kenyataan itu.


Mohamad Sabu pada Jumaat mengumumkan penurunan harga BPI daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik berkuatkuasa 1 Disember ini.

Langkah itu selari dengan penurunan harga semasa pasaran beras dunia ekoran penarikan balik larangan eksport serta pemansuhan duti eksport bagi beras putih bukan basmati oleh kerajaan India baru-baru ini serta pengukuhan nilai tukaran Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat.


Sementara itu BERNAS dalam kenyataannya itu juga menyatakan komitmen akan terus mengamalkan pendekatan proaktif dalam memantau keadaan pasaran global dan menyesuaikan harga mengikut keperluan.


Malaysia ketika ini jelasnya masih kekal menawarkan harga import beras terendah di rantau Asia Tenggara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page