top of page

'Beri ruang, raikan pempengaruh pro Kerajaan Perpaduan'



Pempengaruh atau penggiat siber pro Kerajaan Perpaduan memainkan peranan besar dalam gerak kerja politik terutamanya menjelang pilihanraya.


Bagaimanapun, peranan mereka kekal relevan selepas parti parti politik yang mereka perjuangkan telah membentuk kerajaan.


Bagi Pengerusi Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, pempengaruh yang berjasa dalam pilihanraya lalu dan kekal menyokong kerajaan hari ini perlu diberi pengiktirafan dan diraikan agar mereka terus berjuang menyebarkan keberhasilan polisi Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.


"Inilah masanya supaya tenaga mereka ini diraikan, diiktiraf.


"Bertahun tanpa dapat apa apa, nak isi top up (telefon) pun susah tetapi mereka inilah (yang) bicarakan soal 3R supaya tidak jadi naratif (pembangkang) yang dinormalisasikan.


"Jadi apa salahnya pempengaruh ini dikumpulkan (secara tersusun)," katanya dalam sidang media usai majlis perasmian Persidangan Meja Bulat dan Bengkel Pempengaruh Mempertahankan Kerajaan Perpaduan hari ini.


Sebahagian ikon pempengaruh dari parti komponen Kerajaan Perpaduan membincangkan isu

Persidangan yang dianjurkan oleh MEMO itu diadakan di Adamson Hotel Kuala Lumpur dan bertujuan untuk mengumpulkan para pempengaruh pro Kerajaan Perpaduan dari seluruh Malaysia.


Selain itu, Mustapa juga mencadangkan pempengaruh pro kerajaan agar diberi ruang bercakap di media arus perdana.


Katanya, sebahagian pempengaruh mempunyai jutaan pengikut (followers) dan media arus perdana pula dibayar iklan sekiranya mereka mempunyai penonton.


"Kita menyeru di pihak kerajaan berilah ruang kepada mereka. Macam macam program kita boleh buat, minta mereka bertemu rakyat dan sebagainya


"Kami menyeru diberi ruang kepada sahabat kita di media utama, supaya naratif perpaduan segar di hati rakyat," katanya lagi.


Persidangan Meja Bulat dan Bengkel Pempengaruh Mempertahankan Kerajaan Perpaduan hari ini menjemput penggiat siber dari parti parti komponen Pakatan Harapan, BN dan bebas.


Kira kira 100 orang pempengaruh hadir dalam majlis seminar dan bengkel yang diadakan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page