
Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PTK) DUN Sungai Bakap diseru mengundi tokoh pendidik, cikgu Joohari Ariffin, calon nombor satu dan memberi peluang beliau menunjukkan ketrampilannya membela kebajikan rakyat di kawasan itu.
Pengarah Sukarelawan KEADILAN Malaysia, Fahmi Zainol berkata, DUN Sungai Bakap yang sinonim dengan KEADILAN perlu dikembalikan ke tangan parti itu pada waktu Kerajaan Persekutuan telah dikuasai KEADILAN untuk mendapat pembangunan yang dinanti natikan penduduk sejak dua dekad lalu.
"Harapan kita, sesi lepas kita hanya meminjamkan kerusi Sungai Bakap kepada PN. Saya mengharapkan semua pengundi Sungai Bakap turun mengundi dan berilah undi kepada Kerajaan Perpaduan
"Kerajaan Negeri dan kerajaan pusat adalah kerajaan yang sama. Sejak 2008 KEADILAN menang, berilah peluang kepada KEADILAN, khususnya cikgu Joohari untuk memegang DUN Sungai Bakap kali ini," katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon pagi tadi.
Comentarios