top of page

Beri peluang Cikgu Joohari tabur bakti di Sg Bakap - Fadhlina



Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diseru memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek melalui satu perkongsian di laman Facebooknya berkata, orang sebaik dan secerdik Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang.


"Mana mungkin seorang guru membawa watak kayangan ketika seharian bergelumang 'memanusiakan' dan 'menginsankan' insan untuk terus menjadi warga yang santun dan cerdas," katanya yang juga Menteri Pendidikan.


Sementara itu Fadhlina menyatakan penghargaan kepada setiap komentar dan pandangan yang disampaikan penduduk kawasan itu sepanjang tempoh kempen berlangsung.


Setiap aduan, permohonan serta jalinan dua hala antara rakyat dan wakil rakyat tegasnya sememangnya sangat dinantikan pihak kerajaan.

"Pastinya tekad untuk berkhidmat dengan lebih baik ini dapat dijayakan dengan mempunyai rakan sepimpinan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan mempunyai akses untuk agensi dan pelaksana dasar di peringkat negeri dan Persekutuan," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal di mana terletaknya DUN Sungai Bakap.


Mengakhiri warkah itu, Fadhlina menitipkan serangkap pantun sekali lagi menyeru pengundi Sungai Bakap supaya mengundi bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu pada Sabtu ini.


Timang tinggi-tinggi,

Sampai cucur atap,

Undilah Cikgu Joohari,

Demi kesejahteraan Sungai Bakap.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page