top of page

‘Beri peluang calon PH rampas kerusi Sungai Bakap’ - ADUN N Sembilan



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye (gambar, kanan) menyeru para pengundi DUN Sungai Bakap memberi mandat kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi menerajui kawasan tersebut.


Hal itu katanya, jika kemenangan berpihak kepada gabungan PH dan BN dalam Kerajaan Perpaduan maka hal itu akan menyuntik semangat baharu kepada Kerajaan Perpaduan di kawasan utara.


"Kemenangan ini mampu memberi satu suntikan semangat baharu kepada jentera Perpaduan kerana DUN Sungai Bakap yang sebelum ini jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.


"Jadi misi ini wajib untuk kita menang supaya rakyat Sungai Bakap mendapat manfaat daripada kemenangan ini," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Mengulas lanjut mengenai cabaran kempen, terutama sentimen yang melibatkan kaum, ADUN Negeri Sembilan itu optimis masyarakat Sungai Bakap tidak terpengaruh dan lebih yakin dengan Kerajaan Perpaduan.


"Bagi saya masyarakat Sungai Bakap tidak mudah termakan isu perkauman dan lebih yakin dengan kerajaan sekarang yang memberi ruang kepada untuk semua kaum tanpa diskriminasi.


"Oleh itu saya yakin masyarakat DUN Sungai Bakap akan lebih cenderung untuk memilih dan menunjukan sokongan kepada calon kita," ujarnya lagi.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin (Cikgu Joohari) untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page