top of page

'Beri masa 6 bulan, pelabur buka kilang, ekonomi Malaysia kembali gemilang'



Kemasukan secara besar besaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Amerika Syarikat, Eropah dan China ke negara ini akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang melimpah ruah.


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata demikian dalam Ceramah Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di Tasek Junjong, malam tadi.


Menurut Wong Chen, kemasukan FDI bukanlah omong kosong dan lebih banyak pekerjaan bakal diwujudkan dalam tempoh beberapa bulan ke hadapan.

Wong Chen

"Pelabur asing dalam 3 - 4 bulan lalu sudah mencapai (bawa masuk) RM60 - 100 bilion (modal). Hujung tahun ini dan tahun depan banyak kilang akan dibuka.


"Kalau boleh beri sedikit masa. Dalam 6 bulan dengan kerajaan solid, dengan dasar baharu, dengan pelaburan dari Barat dan China, ekonomi kita akan pulih dan gemilang (kembali). Beri kita sedikit masa lagi," katanya.


Kemasukan FDI, menurut Wong Chen bukanlah secara kebetulan tetapi kerana keyakinan pelabur dari negara luar yang melihat suasana politik Malaysia telah stabil dengan kerajaan gabungan Pakatan Harapan, BN dan rakan rakan di Sabah serta Sarawak.


Oleh itu, ujarnya, banyak gergasi teknologi yang setuju menambah pelaburan atau membuat pelaburan baharu di Malaysia.


"Saya pengerusi untuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk Hubungan Luar dan Perdagangan Antarabangsa.


"Saya beritahu dalam 3 - 4 bulan, saya jumpa Amazon, jumpa orang Nvidea, jumpa Google, Microsoft. Termasuk syarikat dari China. Mereka semua akan melabur di Malaysia.


"Kenapa mereka mula melabur? Sebab selepas setahun bersama Kerajaan Perpaduan kita tak pecah, kita bincang baik baik dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.


Bagi rakyat di Sungai Bakap pula, tambah Wong Chen, mereka tidak akan keinggalan untuk mendapat peluang pekerjaan dan limpahan kemakmuran.


"Kita tunggu 3 - 6 bulan lagi, kilang akan buka. Kalau tak buka di Sungai Bakap akan buka di (kawasan perindustrian) Juru. Pekerjaan yang dijana diramal 100,000 pekerjaan baru. Bukan jadi pengawal keselamatan tetapi kerja bidang teknologi tinggi.


"Oleh itu sokong PH, beri cikgu Joohari menang besar di kawasan ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page