top of page

Beri diskaun tiket penerbangan, rakyat Sabah mahu pulang mengundi

Updated: Sep 19, 2020


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan kepada semua syarikat penerbangan supaya memberi diskaun tiket penerbangan supaya rakyat Sabah dapat pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Ini selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia menerusi inisiatif Pulang Mengundi Sabah telah menerima permohonan daripada hampir 6,000 anak Sabah yang berdepan dengan kekangan kewangan namun tetap ingin pulang untuk mengundi pada 26 September ini.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, setiap undi adalah penting untuk menentukan kepimpinan kerajaan negeri dan masa depan Sabah.


"Saya mengambil cakna masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah yang berada di semenanjung ingin pulang mengundi.


"Sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada syarikat penerbangan untuk memberi diskaun khas kepada mereka ini.


"Semangat patrotisme dan cintakan tanah wajar air ditunjukkan oleh syarikat penerbangan tanah air.


"Kalau boleh kita mahu setiap pengundi pulang, kerana banyak sangat penjuru dalam PRN ini. Setiap undi amat bermakna dan berharap undi setiap rakyat Sabah dapat direalisasikan," katanya dalam sidang media.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Christina Liew turut menyeru orang ramai untuk memberi sumbangan bagi membantu rakyat Sabah pulang mengundi.


"Setakat ini, 5,966 orang mahu balik ke Sabah sebagai pengundi tetapi sumbangan ketika ini adalah RM60,213 dan dana ini cuma cukup untuk membawa pulang 172 orang.


"Jadi ada lagi lebih 4,000 orang yang belum dapat beli tiket ke Sabah, kita harap orang ramai dapat memberikan sumbangan," katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata pengundi yang mahu pulang mengundi di Sabah bukanlah pengundi dari kerusi DUN yang dipertandingkan KEADILAN semata-mata.


"Persatuan ini tidak ada kena-mengena dengan KEADILAN, mereka sangat telus dan hanya berniat mahu membantu pengundi yang benar-benar mahu pulang mengundi," katanya.


Orang ramai yang ingin sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun bank yang tertera dan e-melkan slip transaksi ke pulangmengundisabah@gmail.com atau hantarkan slip transaksi melalui WhatsApp kepada salah satu nombor di bawah.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Aaron Denison dengan nombornya 014-3677 312 atau Zariah dengan nombor 011-1318 1715.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page