top of page

Beri bantuan kepada semua atlet, bukan di bawah MSN sahaja


Pengumuman Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu altet negara di bawah kementerian itu jika menghadapi kesukaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikritik beberapa pihak.


Bagi Setiausaha Biro Sukan dan Kesihatan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Yaashan Raj Annavi, KBS sepatutnya membantu semua atlet tanpa mengira pernah mewakili negara atau negeri.


"Sebelum Covid-19, atlet menggunakan pelbagai inisiatif wang yang dimenangi dalam beberapa kejohanan untuk menyara diri dan keluarga.


"Ada yang mengunakan untuk membayar yuran pembelajaran. Sekarang atlet terjejas akibat PKP yang berlanjutan kecuali pasukan atau atlet yang sedang menjalani latihan atau di bawah bimbingan Majlis Sukan Negara(MSN).


"Oleh itu, bantuan yang akan disalurkan kepada atlet yang mewakili negara Malaysia sahaja adalah tidak wajar seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.


"Apakah nasib atlet yang pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam pelbagai sukan? Mereka juga memerlukan bantuan akibat tiada punca pendapatan dari sukan. Mengapakah mereka harus dipinggirkan?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Yaashan Raj Annavi

Menurut beliau, pengumuman Fahysal seharusnya lebih terperinci. Malah masih sama-samar sama ada bekas atlet negara juga termasuk dalam senarai yang layak mendapat bantuan.


"Adakah KBS akan menghulurkan bantuan kepada semua atlet yang pernah mewakili negara dalam pelbagai peringkat? Kenyataan yang tidak jelas seolah-olah memberikan 'fake hope' kepada atlet yang sangat-sangat memerlukan bantuan.


"YB Fahysal harus melingkupi semua peringkat atlet dan bukannya fokus kepada bekas atlet atau atlet di bawah MSN sahaja. Atlet yang pernah mewakili MSSD, MSSN, MSSM, Kejohanan Sukan Negeri, Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebagainya harus dipandang juga," katanya lagi.


Sebelum ini, media melaporkan Fahsyal berkata, atlet tidak perlu mengibarkan bendera putih sebaliknya terus memaklumkan kepada KBS sekiranya menghdapi kesulitan sepanjang PKP.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page