top of page

'Berbuka di masjid kerana rakyat kekurangan wang tidak benar'




Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menepis dakwaan seorang pemimpin pembangkang yang mengaitkan kesusahan rakyat dengan berbuka puasa di masjid.


Mantan Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin menyifatkan kenyataan sebegitu sebagai tidak memahami adat dan amalan dalam Islam.


''Umum mengetahui bahawa Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan kemuliaan bagi umat Islam. Banyak masjid dan surau akan menyediakan juadah berbuka puasa kepada semua lapisan masyarakat.


''Juadah sedemikian juga mampu menarik minat orang ramai untuk terus ke masjid dengan memupuk nilai persaudaraan dan kasih sayang sesama umat Islam,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang itu, walhal amalan berbuka puasa di masjid antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim dan bukannya faktor kewangan semata-mata.


Dalam pada itu, Azha sekali lagi menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa bazar Ramadan kurang mendapat sambutan pengunjung pada tahun ini.


Katanya, sambutan pada tahun ini hakikatnya lebih baik berbanding pada waktu pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (2020 - 2022).


''Kita perlu menerima kenyataan bahawa kewangan rakyat sekarang pulih dan baik.


''Walaupun pembangkang sering mengatakan bazar Ramadan kian sunyi, hakikatnya orang ramai sentiasa memenuhi untuk berkunjung ke bazar membeli juadah berbuka puasa.


''Ini membuktikan bahawa keadaan ekonomi negara dan kuasa beli rakyat semakin meningkat di bawah Kerajaan MADANI,'' katanya.


Menurut beliau lagi, harga juadah di bazar Ramadan pula tidak menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sebagaimana yang sering dijadikan bahan propaganda pembangkang.


Kestabilan harga, kata Azha kerana hasil kejayaan Kerajaan MADANI mengawal harga barangan basah sehingga tidak membebankan peniaga dan pembeli.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page