top of page

Berbeza pandangan politik jangan sampai terjerumus lakukan jenayah qazaf



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ADUN yang juga peguam, membuat pertuduhan keji dengan menggunakan bahasa tidak sopan mengenai keperibadian seorang pemimpin negara di media sosial.


Menurut Setiausaha Agung ABIM, Muhamad Aliemran Norasid, perbezaan politik atau pendekatan dalam menangani isu tidak seharusnya menjadi penyebab sesiapa pun terbawa bawa kepada menuduh seseorang dengan perilaku jenayah seksual luar tabie yang tidak terbukti di mahkamah syariah.


Katanya, ABIM menilai kenyataan ADUN tersebut telah membawa implikasi yang sangat berat kerana boleh dikategorikan di bawah kesalahan qazaf.


"Pandangan jumhur atau majoriti ulama bersepakat bahawa apa-apa tuduhan liwat yang dibuat tanpa empat saksi yang adil secara automatik tergolong dalam jenayah qazaf, berdasarkan pada sumber rujukan asas iaitu Quran dan Sunnah.


"Sanksi kepada pelaku qazaf adalah sangat berat kerana ia membabitkan integriti dan kesaksian individu berkenaan yang tidak boleh sama sekali tidak boleh disucikan dengan justifikasi manusia tanpa rujukan agama yang jelas," katanya dalam kenyataan.


Tegas Aliemran, Islam melindungi maruah serta integriti manusia daripada perbuatan keji seperti fitnah khususnya membabitkan jenayah qazaf iaitu menuduh seseorang baik melakukan zina atau liwat tanpa membawa empat saksi.


"Autoriti jumhur ulama ke atas jenayah keji adalah jelas dan melangkaui sebarang keraguan kerana ia diasaskan pada rujukan Quran dan Sunnah yang sahih. Autoriti ini tidak boleh diragukan atas justifikasi bersifat escapism.


"Oleh itu ABIM khuatir jika jenayah qazaf serta gejala fitnah ini tidak ditangani dengan serius, ia akan membawa implikasi yang membinasakan masyarakat sehingga akar umbi," katanya lagi.


Sebelum ini, tular satu video ceramah melibatkan seorang ADUN Pas yang mengaitkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu titah adendum diraja mengarahkan tahanan di rumah ke atas bekas PM Najib Razak.


Bagaimanapun, malangnya kenyataan beliau telah tersasar sehingga mengungkit kembali fitnah yang dilempar ke atas Anwar sedekad lalu berkaitan salahlaku seksual luar tabie yang telah pun selesai dengan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke 15.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page