top of page

'Bendung insiden keganasan ke atas ahli sukan daripada berulang' - Pemuda Perpaduan - PN



Insiden keganasan ke atas atlet pemain bola sepak yang menggemparkan negara baru baru ini perlu dihalang daripada berulang.


Dalam kenyataan bersama pemimpin muda Kerajaan dan pembangkang hari ini, mereka berkata, keganasan terhadap pemain bola sepak, terutama ke atas Faisal Halim yang disimbah asid dan menjejaskan kariernya sebagai pemain skuad kebangsaan perlu dihalang daripada terus berlaku.


"Bola sepak yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban melampau hingga menjurus kepada perpecahan di kalangan masyarakat.


"Keganasan dalam sukan mesti dihentikan. Langkah proaktif wajar digerakkan oleh semua pihak khususnya Persatuan Bola Sepak Malaysia bagi menangani budaya 'hooliganisme' dari terus menular dan merosakkan industri bola sepak negara," kata kenyataan itu.


Menurut pemimpin muda Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional itu, pelaku kepada keganasan tersebut perlu segera dihadapkan ke mahkamah dan masyarakat diseru agar tidak terikut ikut dengan budaya buruk hooliganisme di sesetengah negara lain yang taksub sehingga bertindak di luar batasan.


"Kami amat berharap agar pihak berkuasa akan bertindak tegas serta memastikan siasatan menyeluruh dan telus dilaksanakan terhadap insiden-insiden keganasan yang membabitkan atlet-atlet sukan negara.


"Insiden seumpama ini tidak sewajarnya dipandang remeh dan perlu ditangani menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas kerana ia berpotensi untuk berulang lagi pada masa akan datang," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen; Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda; Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden; dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page