Aktiviti rentas sempadan yang tidak sihat seperti pencerobohan dan penyeludupan perlu dibendung serta dibanteras.
Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (JKPK) Parlimen, Datuk Johari Abdul dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikannya di Sarawak, kelmarin.
Menurut beliau, mesyuarat tersebut bertujuan mendengar pembentangan oleh kerajaan Sarawak mengenai tahap keselamatan yang sedia ada dan penambahbaikan yang perlu dipertingkatkan bagi membendung aktiviti rentas sempadan, terutamanya pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), selain mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan.
"Pelbagai syor dan cadangan dibincangkan secara bersama dalam mesyuarat ini yang turut disertai oleh Lt Jen Datuk Mardzuki iaitu Panglima Medan Timur Tentera Darat," katanya dalam satu kenyataan.
Kata Johari lagi, selepas mesyuarat itu rombongan JKPK Parlimen telah dibawa melawat Pos Kawalan Keselamatan Serikin yang merupakan salah satu dari beberapa pos Keselamatan sedia ada bagi mengimbangi kawalan di antara sempadan Sarawak dan Kalimantan, wilayah Indonesia.
Turut serta ke Sarawak adalah Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.
Comments