top of page

Bendera tanpa bulan sabit: Penghinaan terhadap kedaulatan negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor membidas tindakan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa elemen bulan sabit yang mengundang kritikan dan kecaman.


Saifuddin Shafi Muhammad menegaskan, tindakan tersebut bukan sahaja merupakan satu kesilapan besar malah dapat dianggap sebagai penghinaan terhadap kedaulatan negara.


"Walaupun permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Sin Chew dan kesilapan itu diklasifikasikan sebagai isu teknikal namun insiden sedemikian tidak wajar berlaku.


"Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan dan maruah negara.


"Bulan dalam bendera mewakili kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, ketidakhadiran simbol penting itu bukan sahaja mencerminkan kecuaian malah menunjukkan kegagalan asas dalam memahami erti identiti nasional.


"Kegagalan menghormati Jalur Gemilang adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor itu dipetik.


Sin Chew Daily pada Selasa dilapor menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.


Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.


Susulan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan media untuk disiasat.


Sementara itu Saifuddin menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dan sensitif dalam menangani perkara melibatkan simbol kebangsaan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Jangan asyik ulang kemudian mohon maaf. Ini tidak sepatutnya berlaku dari awal lagi," ujarnya.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page