top of page

Belum ada keputusan rasmi penyertaan KEADILAN dalam PRN Sarawak



Oleh: Akmal Manaf


Belum ada sebarang keputusan rasmi berhubung penyertaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka berlaku pada 2026.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, amat tidak wajar pihak lain berspekulasi mengenai sama ada KEADILAN bersiap sedia, akan menyertai, atau tidak PRN berkenaan.


Katanya, sebarang keputusan berkaitan urusan penting itu kelak akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri.


"Dalam setiap mesyuarat, sebarang keputusan sama ada bertanding atau tidak adalah tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan iaitu Presiden parti.


"Bagaimanapun hasrat Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN yang akan mengadakan 'road show' merupakan kegiatan rutin parti.


"Sebagai sebuah parti politik, saya menyokong penuh kerana kami juga berperanan menyantuni ahli akar umbi bagi membantu menyebarkan maklumat penting berhubung dasar, polisi dan program kerajaan, khususnya di peringkat Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan dipercayai merujuk komentar pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Abdul Karim Hamzah yang menolak KEADILAN turut serta dalam PRN Sarawak.


Bagi Mantan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak itu, sokongan moral juga perlu diberikan kepada ahli parti yang berada di seluruh pelusuk negeri.


Katanya, pihak KEADILAN Sarawak tetap menyokong penuh Kerajaan Perpaduan meskipun tidak mendapat tempat atau peluang berada dalam Kerajaan Negeri di Bumi Kenyalang.


"Sebagai rakyat dan sebuah parti yang bertanggungjawab, kita menyokong penuh pembangunan untuk rakyat.


"Hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penyelesaian isu MA63 adalah antara agenda utama yang kita sokong penuh.


"Selain itu, kita juga menyokong penuh hasrat kerajaan membanteras rasuah dan kita berharap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia (SPRM) tidak hanya tertumpu kepada penjawat awam berpangkat rendah, tetapi fail lama dan baharu mesti diselongkar," ujarnya.


Dalam pada itu, Abang Zulkifli yang juga mantan Pengerusi KEADILAN Sarawak menyifatkan Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar adalah lebih penting daripada segalanya.


Katanya, hasrat PM untuk memulihkan ekonomi negara dan menstabilkan keadaan politik perlu disokong segenap lapisan masyarakat.


Justeru, mantan Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak itu berpendapat, pucuk pimpinan harus mencari jalan supaya hubungan politik di semua peringkat dapat diatur dan disusun ke arah situasi yang lebih harmoni.


"Persoalannya, bukan kerana parti atau pimpinan parti politik yang lebih utama, tetapi tindakan itu adalah demi rakyat," katanya lagi.


Untuk rekod, semalam Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Datuk Abdul Karim Hamzah memberi amaran agar KEADILAN tidak menganggu keharmonian politik Sarawak atas nama demokrasi berikutan parti menganjurkan siri jelajah ke seluruh negeri mulai hujung tahun ini yang diandaikan sebagai persiapan pilihanraya.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page