top of page

‘Belum ada keputusan larangan Telegram diguna penjawat awam’



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk melarang penjawat menggunakan aplikasi Telegram seperti dilaksanakan di Belanda.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata secara lazimnya, isu berkaitan keselamatan membabitkan penjawat awam diuruskan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).


"Kita belum mengeluarkan sebarang arahan, kebiasaannya aspek keselamatan ini diuruskan oleh CGSO tetapi kita belum terima apa-apa arahan serupa," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.


Terdahulu media antarabangsa melaporkan, Majlis Perbandaran Amsterdam melarang pekerja kerajaan menggunakan aplikasi Telegram di telefon bimbit mereka kerana bimbang risiko penggodam, penjenayah siber serta pengedar dadah.


Selain Telegram, pihak berkuasa Belanda turut menyenaraikan aplikasi beli-belah Temu dan AliExpress sebagai sangat berisiko.


Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan ketika ini masih dalam proses libat urus bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat platform media sosial dalam melesenkan platform media sosial.


"Kita percaya dengan proses perlesenan itu nanti semua platform media sosial dan sistem pesanan akan akur dengan syarat-syarat yang dikenakan bagi menjamin internet yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia," ujarnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page