Oleh: Akmal Manaf
Golongan belia memainkan peranan penting untuk menjadi 'mata' dan 'telinga' bagi membantu pembangunan dan kebajikan, terutamanya di kawasan kampung.
Memetik ucapan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Junaidah Makku menyifatkan golongan anak muda merupakan pelapis kepada generasi akan datang.
"Pada masa sama, golongan itu juga peka dengan program dan bantuan-bantuan Kerajaan MADANI bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bawah Kerajaan Sabah Maju Jaya," katanya dalam ucapan sempena sambutan Krismas di Sipitang.
Terdahulu, Junaidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah hadir merayakannya sambutan Krismas bersama Pemuda Pemudi SIB Kampung Kaban Sipitang.
Kemudian beliau menyampaikan sumbangan kasih Krismas kepada Pengerusi Pemuda Pemudi dan Pastor Gereja.
Sumbangan itu daripada Ketua Cabang KEADILAN Sipitang yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sindumin, Wendey Agong Baruh.
Dalam kenyataan sama, penghargaan turut diberikan kepada Pengerusi Pemuda Pemudi, Saudari Jose kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Krismas.
Turut hadir, Timbalan Ketua Srikandi KEADILAN Sabah, Saudari Noraishah atau dikenali sebagai Esah Malulur.
Comments