top of page

Belia diseru jadi kreatif, bijak urus dana persatuan



Golongan belia digesa menjadi lebih kreatif dan bijak memanfaatkan sumber bukan kewangan untuk menggerakkan persatuan masing-masing.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, perkara itu penting bagi memastikan peruntukan yang diterima mampu memberi impak yang besar walaupun jumlahnya minimum memandangkan isu dana tidak mencukupi sering dibangkitkan pertubuhan belia.


"Berdasarkan pengalaman, sentiasa ada cabaran terutama dalam nak tampung perbelanjaan sampai ke peringkat daerah, sentiasa akan rasa tidak cukup, sentiasa nak lebih banyak (peruntukan). Cabarannya juga bagaimana nak pastikan setiap perbelanjaan ada impak tinggi dengan perbelanjaan yang minimum?


"Jadi persatuan perlulah kreatif dan manfaatkan setiap sumber bukan kewangan termasuk sumber manusia, bakat-bakat dan akses serta jaringan yang ada di daerah masing-masing," katanya dipetik selepas sesi dialog bersama belia sempena Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) di Alor Setar pada Sabtu.


Mengulas lanjut beliau menyarankan persatuan belia meneroka pelbagai dana yang bukan sahaja ditawarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), malah di kementerian lain sekiranya bersesuaian.


"Kita kena tingkatkan kesedaran dan promosi sebab golongan belia ni akan cari KBS sahaja, kena promosikan juga dana-dana yang wujud dalam kementerian lain agar mereka memanfaatkannya," katanya.


Sementara itu sebagai mengulas program Kembara JOM, beliau berkata, ia diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan untuk pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).


Sejak dilancarkan di Melaka pada Februari lalu pihaknya menerima banyak input positif berhubung program tersebut.


"Setiap input yang kita peroleh dalam kembara ini, akan didokumentasikan dan buat laporan lengkap... Dengan pendekatan ini juga, kita dapat bantu pertubuhan belia untuk aktifkan pergerakan mereka di peringkat daerah dan bantu sedikit sebanyak proses transisi," tambahnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page