top of page

Belanjawan Selangor 2025: Pendigitalan, perubahan iklim antara jadi tumpuan



Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan belanjawan negeri pada pertengahan November ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Ditemui pemberita selepas merasmikan sesi dialog Belanjawan Selangor 2025 di Shah Alam pada Selasa beliau berkata, tarikh pembentangan belanjawan tahunan yang sepatutnya pada 8 November dianjak berikutan kebanyakan pegawai agensi kerajaan negeri perlu menghadiri satu forum khas di Mesir pada tarikh berkenaan.

"Perbincangan lanjut mengenai perkara itu telah dijalankan dan kita telah bersiap sedia bagi pembentangan berkenaan," katanya dipetik.


Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2025 yang melibatkan lebih 100 pemegang taruh dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu Kemampanan Hasil Selangor, AI, Selangor Berdaya Tahan, Pemberdayaan dan Pengupayaan Kebajikan Rakyat, serta Perumahan.


Amirudin semasa menyampaikan ucaptamanya berkata, Belanjawan Selangor 2025 akan menggariskan beberapa cabaran baharu bagi meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara.


Antaranya untuk memajukan sektor pendigitalan khususnya teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan pusat pembangunan AI pertama di Selangor.


"Proses kemodenan ini tidak boleh berhenti, sebaliknya harus berpegang pada satu konsep iaitu penggunaan teknologi untuk kebaikan yang membantu mempermudah serta meningkatkan kejituan.


"Tahun lepas kita telah cadangkan dan minta untuk buat beberapa pusat, antaranya pusat AI dan saya harap kita perlu muktamadkan segera kerana banyak pihak berpendapat AI ini akan terus membawa hala tuju ke depan," jelasnya.


Selain itu Belanjawan Selangor 2025 bakal memberi penekanan terhadap persediaan negeri berdepan dampak perubahan iklim dan pemanasan global.


Menurutnya, Selangor perlu berada dalam keadaan berdaya tahan dan memperkemas semua agensi berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana seperti banjir besar yang berlaku pada 2021.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page