top of page

Belanjawan Selangor 2025: Inisiatif selesai isu milikan strata dibentangkan



Kerajaan Negeri Selangor akan mengetengahkan beberapa inisiatif dalam Belanjawan Selangor 2025 bagi menyelesai isu pemilikan 138,000 unit rumah strata di negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu tersebut sudah membelenggu pemilik sejak 20 hingga 30 tahun sehingga telah memberi kesan kepada nilai aset dan hartanah.


"Ini berpunca apabila kebenaran merancang dikeluarkan sebelum isu tanah dilunaskan. Hal ini menyebabkan ada pemaju culas dan cuai tak nak bayar. Akhirnya jatuh kepada penduduk semula. Kalau ikutkan setiap penduduk kena bayar.


"Jadi kita rungkaikan, tapi Kerajaan Negeri tak boleh bayar semua, sekolah-olah kita tanggung masalah lepas.


"Kita dah cari formula sama ada beri insentif kepada pemilik atau pemaju yang boleh pulihkan isu ini," katanya dipetik di Program Rewang Strata Majlis Perbandaran Kajang pada Sabtu.


Pada Julai, Amirudin mengarahkan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti masalah berkenaan termasuk kos diperlukan serta menyasarkan 50% pemilikan dapat diselesaikan secara berperingkat mulai tahun depan.


"Disebabkan hak milikan ini tak dapat, pemilik jadi tergantung, tak ada geran. Mereka nak jual pun tidak boleh. Jadi kita akan bantu selesaikan kerana ia melibatkan pelbagai isu termasuk premium tanah dan yuran guaman," katanya.


Sementara itu Amirudin menyeru persatuan pendudukan mengambil peluang dari inisiatif Sejati Madani diumumkan Perdana Menteri melalui Belanjawan lalu yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.


"Sini ada kawasan lapang yang sesuai untuk usahakan pertanian bandar. Boleh juga bangunkan industri kecil sederhana yang boleh jana pendapatan," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page