top of page

Belanjawan Selangor 2025: Inisiatif khusus pacu ekonomi negeri akan dibentangkan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Beberapa inisiatif khusus bakal dibentang dalam Belanjawan Selangor 2025 bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri itu.


"InshaAllah, dalam Belanjawan Selangor 2025 saya akan membentangkan beberapa lagi inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke Selangor.


"Semoga kemakmuran ekonomi ini dapat kita nikmati bersama," kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.


Pembentangan Belanjawan Selangor 2025 dijadual berlangsung pada 15 November depan, bersekali dengan sidang Dewan Negeri Selangor sehingga 29 November.


Belanjawan itu dijangka mengutarakan pelan holistik dalam aspek penjagaan dan kebajikan warga emas sebagai persediaan ke arah negara menua menjelang 2030 selain usaha mengurangkan jurang pendapatan melalui program pemberdayaan rakyat di negeri itu.


Sementara itu kedudukan ekonomi yang kini rancak diyakini menjadi daya bantu kepada kerajaan negeri untuk menghadapi tahun 2025.


Amirudin berkata, setakat Oktober 2024, kerajaan negeri Selangor telah berjaya mengumpulkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion melebihi sasaran awal ditetapkan iaitu pada RM2.2 bilion.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page