top of page

Belanjawan N Sembilan Berimbang, Manfaat Semua Golongan



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Belanjawan Negeri Sembilan untuk tahun 2025 merupakan belanjawan paling sentimental kepada Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Harun selaku Menteri Besar kerana setelah tiga tahun belanjawan defisit dibentangkan, maka Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dibentangkan dalam keadaan berimbang.


Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani untuk tahun 2025 mengambil pendekatan yang sederhana dalam berbelanja dengan tidak mengejar pelaburan yang tidak tertanggung melibatkan projek serta inisiatif pembangunan.


Hakikatnya Kerajaan Madani Negeri Sembilan mempunyai pilihan untuk meneruskan belanjawan untuk tahun 2025 dalam keadaan defisit demi meraih populariti dalam kalangan pengundi.


Namun kepimpinan Kerajaan Madani Negeri Sembilan sedar bahawa kutipan hasil Kerajaan Negeri untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini masih dalam kadar yang sederhana, justeru perbelanjaan yang berhemat mampu menunjukkan sifat tanggungjawab kepimpinan negeri.


Tanpa hasil bumi lumayan


Hasil Negeri Sembilan sekitar lima tahun kebelakang masih gagal mencecah jumlah kutipan RM1 bilion untuk setahun, menjadi harapan dan sasaran Kerajaan Madani Negeri Sembilan jumlah hasil sebanyak RM1 bilion mampu digapai menjelang tahun 2030.


Kadar kutipan hasil yang sederhana ini patut dipuji memandangkan Kerajaan Madani Negeri Sembilan membangunkan negeri tanpa bergantung kepada sumber bumi yang lumayan sama ada dalam bentuk petroleum atau hasil balak.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Hasil yang diperoleh oleh Negeri Sembilan bergantung kepada tiga sektor utama iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.


Walaupun tidak dianugerahkan dengan hasil bumi yang lumayan namun Negeri Sembilan tetap kekal bersaing dan cuba mencapai hasil yang sederhana melalui bidang pelancongan, aeroangkasa, maritim dan halal.


Belanjawan Negeri Sembilan sudah pasti tidak adil untuk dibandingkan dengan beberapa negeri seperti Johor atau Kedah yang mampu membentangkan belanjawan melebihi jumlah RM1 bilion untuk tahun 2025.


Negeri-negeri tersebut mempunyai defisit tetap hasil setiap tahun kerana dianugerahkan sumber bumi yang lumayan, namun belanjawan untuk tahun 2025 bagi negeri-negeri tersebut masih dibentangkan dalam keadaan defisit.


Sudah pasti setiap kepimpinan negeri lebih tahu keperluan dan kehendak pembangunan yang diperlukan menjelang tahun 2025, namun sesuatu yang perlu dibanggakan oleh Kerajaan Madani Negeri Sembilan adalah keupayaan untuk tidak terus membentangkan belanjawan defisit secara terus-menerus.


Belanjawan berimbang yakinkan pelabur


Secara teorinya, usaha Kerajaan Madani Negeri Sembilan membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2025 bakal memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk datang ke Negeri Sembilan.


Jika belanjawan berimbang Negeri Sembilan untuk tahun 2025 mampu meyakinkan pelabur, maka Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV2.0) yang sedang dirangka akan dapat direalisasikan dengan gabungan sektor awam dan swasta.


Belanjawan Negeri Sembilan untuk tahun 2025 juga turut mendukung semangat ekonomi manusiawi yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 1996 melalui penerbitan karya agung The Asian Renaissance.


Belanjawan tersebut menyaksikan Kerajaan Madani Negeri Sembilan telah membentuk kebijakan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat diangkat bagi memastikan mereka menikmati kehidupan yang bermaruah.


Usaha mendukung semangat ekonomi manusiawi di dalam Belanjawan Negeri Sembilan untuk tahun 2025 dijelmakan melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berada di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri.


BKK yang diperuntukkan di dalam Belanjawan Negeri Sembilan untuk tahun 2025 dilihat tepat pada waktunya memandangkan penjawat awam Negeri Sembilan berjaya mengubah paradigma dan mencabar status quo sehingga mengubah belanjawan 2023 daripada satu jurang defisit yang besar iaitu RM 108.0 juta kepada surplus RM 4.9 juta.


Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh penjawat awam Negeri Sembilan memberi keyakinan kepada kepimpinan Kerajaan Madani Negeri Sembilan bahawa kutipan hasil Negeri Sembilan untuk tahun 2024 akan mampu mengatasi kutipan hasil tahun 2023.


Kerajaan Madani Negeri Sembilan juga cuba memberi kehidupan yang bermaruah kepada pekerja di dalam bidang kerohanian dan agama.


Kerajaan Madani Negeri Sembilan meneruskan pembayaran elaun di dalam belanjawan 2025 kepada Guru Takmir, Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita.


Malah caruman PERKESO turut diperuntukkan di dalam Belanjawan Negeri Sembilan untuk tahun 2025 kepada golongan tersebut memandangkan bidang pekerjaan tersebut seakan terpinggir dan sepatutnya diraikan dengan lebih wajar.


Bela golongan kecil


Namun terdapat satu lagi pekerja dalam bidang kerohanian dan agama yang selama ini cuba diperjuangkan untuk dibela sebaris dengan Guru Takmir, Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita iaitu penggali kubur.


Sehingga kini masih belum ada belanjawan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia yang cuba membela penggali kubur dengan memberi peruntukkan yang sewajarnya.


Justeru masih ada ruang untuk belanjawan Negeri Sembilan ditambahbaik dengan mengambil kira pembelaan kepada penggali kubur yang turut menyumbang terhadap usaha menegakkan syiar Islam di Negeri Sembilan.


Secara keseluruhan Kerajaan Madani Negeri Sembilan secara konsisten menunjukkan kemampuan pentadbiran yang memberangsangkan apabila berjaya meningkatkan kedudukan rizab Kerajaan Negeri pada tahun 2024 untuk berada pada satu kedudukan yang kukuh iaitu 726 juta ringgit.


Semoga sifat tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Kerajaan Madani Negeri Sembilan mampu untuk membawa negeri tercinta ini mencapai hasrat yang dicita-citakan iaitu al-Qawiyyul Amiin dan al-Hafizul ‘Alim.

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page