top of page

Belanjawan Madani 2024: Kritikan Syed Saddiq Dangkal



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kerajaan Perpaduan telah berjaya membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani pada 13 Oktober lalu dengan mendapat maklum balas positif daripada semua pihak.


Suara yang paling lantang bersyukur dengan pembentangan tersebut datang daripada penjawat awam apabila PMX mengumumkan bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam (gred 56 dan ke bawah) dan akan dilakukan pada tahun hadapan sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam disiapkan.


Pemberian insentif tersebut adalah tertinggi ketimbang insentif yang diberikan dalam belanjawan 10 dekad lalu. Namun disebalik berita gembira yang disahut oleh seluruh lapisan masyarakat di negara tercinta ini, hanya YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahaja yang berterusan mengkritik Belanjawan 2024 sebagai membazir dan melupakan janji.


Tukar kereta elektrik tidak membazir


Tuduhan YB Syed Saddiq berkenaan pembaziran dalam Belanjawan 2024 adalah berkenaan penukaran kereta Vellfire kepada kereta elektrik (EV) melibatkan Jemaah Menteri. Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana PMX sebelum pembentangan Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan bakal menggunakan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi. Kenyataan tersebut bermaksud selepas ini bukan sahaja Jemaah Menteri akan menggunakan kenderaan EV malah penjawat awam lain akan turut menggunakannya secara berfasa.

Mohd Fauzi Fadzil

Polisi ini dilaksanakan dengan tujuan supaya Putrajaya dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia, malah polisi tersebut akan mengalakkan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan EV apabila pelaburan melebihi RM 170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia telah dilakukan dengan memasang 180 stesen pengecasan EV.


Boustead Plantations modal bumiputera


Syed Saddiq turut membangkitkan isu pembaziran berkenaan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi terus menampung pemilikan Boustead Plantations Berhad. Isu ini juga tidak memeranjatkan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyatakan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 bahawa Boustead Plantations Berhad perlu dijual bagi meningkatkan kecairan aset LTAT.


Namun penjualan tersebut disanggah oleh rakan-rakan Syed Saddiq dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang dengan justifikasi bahawa penjualan Boustead Plantations Berhad tidak boleh dilakukan kepada syarikat bukan bumiputera seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).


Akibatnya kerajaan mengambil jalan tengah dengan memberi pinjaman kepada LTAT supaya Boustead Plantations Berhad kekal tidak terjual. Adakah keputusan memberi pinjaman kepada LTAT ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran demi memastikan aset negara tidak terjual?


Tuduhan pembaziran turut dilemparkan oleh Syed Saddiq terhadap Belanjawan 2024 apabila Kerajaan Perpaduan mengambil keputusan untuk mengekalkan peruntukan untuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Beliau menuduh bahawa pemimpin Kerajaan Perpaduan dahulu tidak pernah bersetuju dengan pembentukan J-KOM, namun hakikatnya pemimpin Kerajaan Perpaduan menolak penubuhan J-KOM pada peringkat awal kerana tujuannya adalah untuk menghidupkan kembali Jabatan Khas Ehwal Khas (JASA).


J-KOM untuk perpaduan negara


Penolakan J-KOM pada peringkat awal adalah kerana ia mempunyai pertindihan kuasa dengan beberapa agensi kerajaan seperti Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Malah J-KOM yang ingin menghidupkan peranan JASA pada zaman pemerintahan Perikatan Nasional adalah bertujuan untuk menyebar propaganda politik dan bukannya menyebarkan inisiatif kerajaan yang memerintah.


Namun J-KOM yang berfungsi di bawah Kerajaan Perpaduan adalah berbeza ketimbang zaman Perikatan Nasional di mana Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff selaku Ketua Pengarah J-KOM menyatakan bahawa mereka hanya menyampaikan wawasan Malaysia Madani tanpa menjadi alat politik untuk kepentingan pihak tertentu.


Tuduhan Syed Saddiq berkenaan Kerajaan Perpaduan yang melupakan janji semasa membentangkan Belanjawan 2024 telah dibangkitkan dalam tiga bentuk iaitu pembayaran semula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memansuhkan tol dan pemberian dana kepada Ahli Parlimen Pembangkang.


Mungkin Syed Saddiq lupa bahawa kerajaan yang memerintah hari ini tidak mempunyai sebarang manifesto kerana tiada gabungan parti politik yang berjaya membentuk kerajaan bersendirian. Kerajaan Perpaduan dibentuk atas nasihat Yang Di-Pertuan Agong. Kerajaan Perpaduan tidak pernah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-15, jauh sekali membentangkan sebarang manifesto. Walaupun Pakatan Harapan (PH) berada di dalam Kerajaan Perpaduan, janji manifesto PH tidak boleh dibebankan terhadap gabungan parti politik lain yang turut menganggotai Kerajaan Perpaduan.


Kesimpulannya Syed Saddiq telah mengeluarkan hujah yang dangkal dalam mengkritik Belanjawan 2024 Malaysia Madani. Beliau harus sedar bahawa seluruh rakyat Malaysia sangat berbesar hati dengan hasil pembentangan belanjawan tersebut. Jangan kerana terdapat segelintir ‘orang tua’ yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan PMX, maka YB Syed Saddiq pula diperalatkan untuk menjadi jurucakap pihak tidak bertanggungjawab tersebut.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page