top of page

Belanjawan alternatif: Empat dokumen dijadikan panduan jika PN cerdik



Pembangkang PN yang dicabar membentangkan belanjawan alternatif kepada Belanjawan 2025 Kerajaan Madani tidak wajar menjawab bahawa mereka tidak mempunyai data dan tidak mampu membentangkan angka angka peruntukan kewangan.


Bagi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, jawaban berkenaan berasal dari 'minda malas' yang tidak melayakkan pembangkang mentadbir negara.


Katanya, ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi pembangkang, beliau adalah antara ahli politik terawal yang merangka belanjawan alternatif setiap tahun.


"Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain.

Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka?


"Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN 'cukop jumloh'," kata Rafizi dalam satu kenyataan.


Rafizi membariskan angka angka dokumen awam dan dibentangkan di parlimen setiap tahun dan menjadi rujukan pasukan beliau mengolah belanjawan alternatif.


Pertama, katanya, tinjauan ekonomi tahunan yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara; Kedua, tinjauan fiskal dan hasil Kerajaan Persekutuan yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara


Ketiga, anggaran perbelanjaan Persekutuan yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara

dan keempat, senarai perjawatan yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan dan menjadi tanggungan Kerajaan Persekutuan


"Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan.


"Kita boleh menggunakan dokumen bagi Belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025," katanya.


Jelas Rafizi, diandaikan pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, maka bolehlah diunjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya.


"Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan.


"Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji.


"Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun.


"Saya harap tahun depan Ahli-ahli Parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan," katanya lagi.


Justeru, Rafizi berharap pembangkang tidak lagi memberi alasan tidak mempunyai formula untuk melakar belanjawan selepas beliau mendedahkan semua kaedah yang digunakan pasukannya untuk merangka belanjawan alternatif suatu ketika dahulu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page