top of page

Belanjawan 2025 suntik pembangunan modal insan - Syed Ahmad



Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap prinsip manusiawi dan kesaksamaan dengan memastikan faedah ekonomi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, salah satu inisiatif terpenting ialah pembinaan 44 buah sekolah baharu yang merupakan langkah strategik menangani isu akses pendidikan, terutamanya di kawasan luar bandar.


"(Bagi saya) inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan modal insan tetapi juga mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.


"Pelaburan dalam sektor pendidikan seiring dengan usaha memperkukuh latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang akan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi," katanya dalam satu kenyataan.


Syed Ahmad turut memuji Belanjawan 2025 yang memberi penekanan kepada golongan berkeperluan khas melalui pembinaan lebih banyak pusat autisme.


Katanya, langkah itu mencerminkan keprihatinan terhadap kanak-kanak istimewa, memastikan mereka dan keluarga menerima sokongan yang diperlukan.


"Ia adalah satu usaha signifikan bagi menggalakkan kesaksamaan sosial dan memberikan peluang pendidikan serta terapi terbaik kepada golongan ini," katanya.


Berkenaan polisi subsidi bersasar pula, beliau berpendapat, kerajaan telah mengeluarkan sejumlah besar peruntukkan untuk mengurangkan beban hidup yang ditanggung rakyat meskipun tidak lagi menggunakan polisi subsidi pukal yang menguntungkan golongan T20 dan warga asing.


"Saya berpendapat kerajaan mengekalkan komitmen terhadap subsidi bersasar dan rasionalisasi badan berkanun untuk mengelakkan pembaziran.


"Pendekatan ini menunjukkan tekad kerajaan untuk tidak tunduk kepada desakan populis, sebaliknya menumpukan kepada pengurusan fiskal yang mampan.


"Dengan langkah ini kerajaan dapat mengurangkan defisit tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat, khususnya melalui pengagihan subsidi dan bantuan yang lebih efisien," katanya lagi.


Secara keseluruhan, Syed Ahmad percaya Belanjawan 2025 amat komprehensif dan bertepatan dengan konsep ekonomi MADANI yang mana sejumlah besar wang diperuntukkan untuk meningkatkan siling, yakni usaha menstruktur semula asas ekonomi bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pelbagai usaha meningkatkan darjat kesejahteraan hidup rakyat.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page