top of page

Belanjawan 2025: Pembangkang tiada modal, main isu gaji PM, 'ketimbang'



Perbahasan Belanjawan 2025 terutama daripada pihak pembangkang sering ditunggu tunggu sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergelar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia suatu ketika dahulu.


Pelbagai saranan penambahbaikkan belanjawan dinyatakan dan banyak kali pula dimasukkan pada waktu penggulungan di peringkat kementerian sebelum diluluskan oleh dewan.


Namun agak mengecewakan apabila rakyat mengikuti ucapan Ketua Pembangkang Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kelmarin yang berlegar legar di sekitar isu remeh temeh dan tidak banyak menzahirkan cadangan balas.


Bagi Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Arshad Hassni, ucapan Hamzah lebih sejam itu tidak mempunyai hala tuju sama ada dalam mengkritik mahu pun memberi cadangan, sebaliknya isu sensasi gaji Perdana Menteri pula yang dibesar besarkan oleh beberapa anggota pembangkang yang mencelah perbahasan.


"Perkara ini terbukti melalui kegagalan Ahli-ahli Parlimen pembangkang menawarkan dasar dan polisi yang lebih baik dalam soal pentadbiran dan pengurusan fiskal negara.


"Sebaliknya, isu remeh-temeh yang dibangkitkan seperti isu perkataan ‘ketimbang’, PMX tidak ambil gaji dan persoalan mengenai dalil (agama) yang jelas mencerminkan kedangkalan pihak pembangkang.


"Sepatutnya pihak pembangkang memainkan peranan semak imbang yang lebih efektif, dengan menawarkan satu belanjawan ataupun cadangan alternatif yang akan dapat mendidik rakyat, berbanding sekadar mencipta kandungan video video Tiktok yang bermain dengan sentimen yang tidak membawa manfaat serta memutar belit fakta," kata Arshad dalam kenyataan.


Bagaimanapun beliau berkata, pembangkang dalam sindiran mereka terhadap belanjawan terpaksa mengakui terdapat banyak kebaikan yang dibentangkan dan Ketua Pembangkang sendiri menzahirkan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang ditawarkan belanjawan kali ini.


Dalam pada itu, kata Arshad, Belanjawan 2025 mungkin tidak popular kerana kerajaan terpaksa menghadapi cabaran fiskal dan langkah penjimatan melalui penyasaran subsidi yang terpaksa dilakukan.


Namun, kata beliau, rakyat perlu maklum hal tersebut amat perlu untuk memastikan kewangan negara berdaya tahan pada jangka masa panjang.


"Keputusan ini diambil bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang mampan untuk pembangunan ekonomi yang lebih baik untuk jangka masa panjang," katanya lagi.


Walau apa pun, tegas beliau, kejayaan kerajaan Malaysia MADANI dalam mengurus negara telah pun dibuktikan melalui angka-angka ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak antarabangsa yang telah memberikan kesan kepada kesejahteraan kehidupan rakyat.


Manakala penekanan terhadap aspek anti rasuah dan tatakelola seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025 wajar terus menjadi keutamaan bagi menjamin kepercayaan dan keyakinan rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page