top of page

Belanjawan 2025 pacu pertumbuhan ekonomi, keadilan untuk rakyat



Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata dokumen Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok itu telah disiap rapi oleh pasukan di Kementerian Kewangan.


"Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada warga kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan Belanjawan 2025.


"Insya-Allah, belanjawan ini akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan membuat tinjauan persiapan warga Kementerian Kewangan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat esok.


Kata beliau, persiapan telah dilakukan dengan rapi dan berasa gembira dengan keterujaan pasukan belanjawan melakukan tugas mereka.


"Alhamdulillah, pada detik-detik terakhir pembentangan Belanjawan MADANI ketiga 2025 esok, kesiapsiagaan Pasukan Belanjawan dan warga Kementerian Kewangan tampak begitu rapi sewaktu saya membuat tinjauan di pejabat Kementerian Kewangan pagi ini.


"Kendatipun sibuk merangka belanjawan yang terangkum dan penuh teliti ini, saya gembira melihat keterujaan pasukan belanjawan dan turut bergambar bersama mereka," kata Anwar.


Selepas meninjau persiapan pembentangan Belanjawan 2025 itu, Anwar turut menandatangani dokumen berkaitan pembentangan belanjawan tersebut sambil terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan cadangan bernas.

Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4 petang esok.


Belanjawan 2025 merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page