top of page

Belanjawan 2025 martabatkan syiar Islam, tingkat inovasi di Selangor



Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik Belanjawan 2025 yang memberi banyak peruntukan untuk memartabatkan syiar Islam tidak terkecuali kepada negeri Selangor.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, Belanjawan 2025 yang dibentangkan minggu lalu itu membuktikan komitmen Kerajaan Madani dalam memartabatkan syiar agama Islam serta membudayakan inovasi, terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) yang semakin memainkan peranan penting dalam pasaran industri pada waktu ini.


"Dalam syiar Islam dan Pembangunan industri halal, saya bersetuju dengan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.


"Selangor adalah negeri paling awal yang menubuhkan pasukan khas untuk dalam usaha memulihkan kanak-kanak Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


"Kerajaan Negeri sudi bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam usaha memastikan kanak-kanak ini dapat kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.


"(Dalam inovasi pula) negeri Selangor merupakan tonggak utama dalam industri halal, pendidikan Islam, inovasi dan AI yang akan mendapat manfaat besar daripada belanjawan diumumkan," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, Dr Fahmi berkata, penambahan 1,500 kuota guru KAFA juga merupakan langkah tepat untuk memenuhi permintaan pendidikan fardhu ain yang semakin meningkat, selari dengan rekod Selangor sebagai negeri dengan bilangan sekolah agama berdaftar tertinggi menurut data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Langkah kerajaan memperkasakan industri halal melalui sistem MyeHALAL, pembiayaan khusus kepada PMKS halal, serta peruntukan RM20 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pula, katanya, akan membantu memperkukuhkan industri halal.


"Selangor, melalui agensi seperti JAIS dan HIS Toyyiba Sdn Bhd, bersedia menawarkan kerjasama dan pertukaran kepakaran untuk memastikan pembangunan industri ini selari dengan Pelan Tindakan Halal Selangor (SELHAP) 2020-2030 menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1)," ujarnya.


Manakala dari sudut inovasi dan digital, tambahan peruntukan kerajaan sebanyak RM50 juta berbanding RM20 juta pada tahun lepas bagi pendidikan berkaitan AI di universiti bakal merancakkan penyelidikan AI di negara ini.


Kata Dr Fahmi, tiga daripada empat universti terpilih untuk tujuan penyelidikan AI berlokasi di Negeri Selangor iaitu Universiti Malaya (AI perubatan), Universiti Putra Malaysia (AI pengkomputeran) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (AI alih bahasa).


"Hal ini secara tidak langsung akan membangunkan ekosistem teknologi AI dengan sokongan penyelidikan dan inovasi daripada universiti.


"Secara keseluruhan, saya yakin Belanjawan Madani 2025 akan menjadi pemangkin kepada Negeri Selangor untuk terus menjadi peneraju dalam syiar agama Islam, industri halal, serta inovasi digital yang progresif," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page