top of page

Belanjawan 2025: KUSKOP yakin PM beri keutamaan bantu PMKS



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menjangkakan Belanjawan 2025 akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, pihaknya berharap peruntukan yang bakal diumumkan pada belanjawan itu dapat memberi usahawan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka selain memberi lebih banyak peluang latihan kepada usahawan serta pelbagai inisiatif dapat dilaksanakan.


"Semua itu diserahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau lebih arif untuk melaksanakan perkara ini," katanya dipetik dalam ucapan di Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Perwakilan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) ke-73 2024 di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Kementerian itu sebelum ini menyatakan harapan agar peruntukan lebih besar disalurkan melalui Belanjawan 2025 bagi kementerian dan agensi di bawahnya.


Melalui suntikan belanjawan lebih besar, ia akan berupaya meningkatkan daya saing dan produktiviti PMKS, seterusnya meningkatkan prestasi PMKS dalam pembangunan ekonomi Malaysia.


Sementara itu sebagai menyentuh usaha KUSKOP membantu usahawan kecil bagi komuniti India Ramanan berkata, setakat ini sejumlah RM13.6 juta telah diperuntukkan untuk tujuan itu.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh menjelaskan, daripada jumlah itu sebanyak RM3 juta telah disalurkan melalui program Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) Goes Big di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).


"Sejumlah RM5 juta pula diperuntukan bagi program pemerkasaan wanita India (PENN) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Manakala di bawah program Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan.


"Terkini, sejumlah RM600,000 diperuntukan melalui program Business Accelerator Programme for Indian Small Business (I-BAP)," jelasnya sambil menegaskan, tiada jumlah peruntukan sebesar ini pernah diperuntukkan kepada komuniti India di dalam negara sebelum ini.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page