top of page

Belanjawan 2025: KUSKOP harap lebih peruntukkan bantu usahawan PKS



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap lebih banyak peruntukan disalurkan kepada kementerian itu menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata melalui peruntukan lebih besar, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan bagi membantu para pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk penyediaan geran pengembangan perniagaan.


"Kita berharap dapat menaik taraf PKS di negara ini dan membawakan mereka peluang untuk berniaga bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.


"Jadi, kita akan meletak cadangan-cadangan atau permintaan-permintaan kita berhubung perkara ini kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu, kita akan menunggu maklum balas daripada mereka," katanya dipetik.


Ramanan ditemui pemberita pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara KUSKOP dan 10 syarikat anchor baharu dan sedia ada bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor di Kuala Lumpur pada Khamis.


Sementara itu beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh menyeru syarikat vendor meningkatkan prestasi dan keupayaan masing-masing.


Beliau berkata dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, setiap syarikat vendor perlu mempunyai daya tahan tinggi, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa serta berfikiran kreatif dan inovatif tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan syarikat teras semata-mata.


"Pada masa sama, saya ingin mengajak syarikat anchor bersama-sama membantu kerajaan membangunkan program bersesuaian kepada usahawan baharu yang mempunyai aspirasi dan kebolehan untuk menjadi syarikat pembekal atau vendor kepada syarikat anchor," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page