top of page

Belanjawan 2025: Kejayaan Kerajaan Madani Kurangkan Defisit

Updated: Oct 22



Oleh: Ahmad Firdaus Mohd


ULASAN: Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai satu kejayaan penting dalam usaha memulihkan ekonomi negara dengan membentangkan belanjawan yang menyasarkan pengurangan kadar defisit.


Langkah ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pengurusan kewangan berhemah, tetapi juga menggambarkan kebijaksanaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.


Daripada kadar defisit 5.5% pada tahun 2022, kerajaan berjaya mengurangan secara berperingkat sehingga mencapai 3.8% pada Belanjawan 2025.


Ini menunjukkan disiplin fiskal yang tinggi dan keberkesanan langkah-langkah ekonomi yang dilaksanakan, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman luar negara dan meningkatkan pendapatan domestik.


Displin fiskal baik


Pengurangan ini adalah bukti keupayaan kerajaan untuk mengimbangi antara perbelanjaan pembangunan dan keperluan mendesak negara, sambil mengekalkan disiplin fiskal. Pengurangan defisit ini dicapai tanpa mengorbankan inisiatif yang penting untuk kesejahteraan rakyat, seperti pendidikan, kesihatan, dan bantuan sosial.


Salah satu faktor utama yang membolehkan kerajaan mengurangkan defisit adalah peningkatan hasil negara melalui pelbagai langkah reformasi cukai dan pemulihan ekonomi. Kerajaan telah memperluaskan asas cukai dengan lebih adil dan saksama, memastikan golongan berkepentingan, termasuk syarikat besar dan golongan berpendapatan tinggi, menyumbang secara lebih signifikan.


Ini sekaligus menyokong usaha kerajaan untuk menampung perbelanjaan dan melaksanakan program pembangunan yang memberi manfaat kepada majoriti rakyat.


Langkah perangi ketirisan


Selain itu, langkah memerangi ketirisan dan rasuah telah meningkatkan keyakinan pelabur dan menambah baik hasil kerajaan. Dengan mengurangkan amalan yang membazir, lebih banyak sumber kewangan dapat disalurkan kepada sektor yang kritikal untuk pertumbuhan ekonomi.


Kejayaan pengurusan defisit ini tidak datang dengan mengabaikan keperluan pembangunan. Kerajaan Madani terus menumpukan kepada projek-projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat seperti pembinaan infrastruktur asas, program peningkatan kebolehpasaran pekerja, dan penambahbaikan sistem pendidikan.


Pada masa yang sama, bantuan terus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, di samping memperkenalkan insentif bagi merangsang pertumbuhan sektor-sektor utama seperti teknologi dan pertanian.


Kejayaan Kerajaan Madani dalam mengurangkan kadar defisit memperlihatkan kemampuan kepimpinan dalam mentadbir kewangan negara dengan cekap. Malaysia kini berada di landasan yang betul menuju pemulihan ekonomi yang lebih kukuh.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page