top of page

Belanjawan 2025 berpaksikan usaha memartabatkan rakyat - Fadillah



Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat petang semalam merupakan belanjawan berpaksikan hala tuju demi memartabatkan rakyat.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila belanjawan itu memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat melalui bantuan khusus kepada golongan rentan.


"Belanjawan kali ini memfokuskan kepada rakyat, berpaksi kepada rakyat untuk mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat. Fokus keutamaan iaitu kesejahteraan rakyat, perlindungan golongan rentan menambah baik prasarana asas, menangani krisis dan menangani ketirisan iaitu rasuah.


"Fokusnya juga adalah untuk menaikkan siling maknanya menambahkan pendapatan negara supaya kita juga dalam masa yang sama dapat meninggikan lantai (siling) atau meningkatkan taraf hidup rakyat. Iaitu bantuan kepada mereka yang memerlukan, kenaikan gaji dan sebagainya semua diumumkan tadi," katanya dipetik pada sidang media di Dewan Rakyat.


Pada sidang media sama, Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang turut mengumumkan peruntukan tambahan kepada Sabah dan Sarawak.


Ia termasuk peruntukan khas yang ditambah RM300 juta kepada RM600 juta yang disifatkan bakal memberi manfaat terhadap kedua-dua negeri tersebut.


"Untuk konteks Sabah Sarawak, kita berterima kasih kepada PM dengan pengumuman pertambahan peruntukan sebanyak RM6.7 billion dan RM5.9 billion," tambahnya yang berperanan menjaga hal ehwal kedua-dua negeri Borneo itu.


Terdahulu Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025 petang semalam mengumumkan peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak antara yang tertinggi berbanding negeri lain iaitu masing-masing sebanyak RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page