top of page

Belanjawan 2025 beri tumpuan kurangkan kos sara hidup rakyat



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan menyedari isu kos sara hidup menjadi kebimbangan di kalangan rakyat dan menjadi tanggungjawab pentadbiranya untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.


"Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah...tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban.


"Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani," katanya dipetik.


Belanjawan 2025 dijadualkan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini.


Sebelum ini perdana menteri telah mengarahkan semua kementerian mengadakan sesi dialog bagi mendapatkan input bagi merangka Belanjawan kali ini.


Sementara itu Anwar melalui ucapanya berkata, peningkatan kos sara hidup antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel.


Justeru MoF menerusi usaha rentas kementerian, harus memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.


"Pengalaman Saudara (MoF) sama ada dalam penguatkuasaan atau perancang dasar akan lebih faham, tidak mungkin kita tidak fikir kaedah dan jalan untuk mengurangkan kos.


"Kos ini meningkat di antara lain (disebabkan) ketirisan, rasuah, seludup dan keuntungan berlebihan melalui kartel," katanya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page