top of page

Belanjawan 2023: KPKT cadang inisiatif deposit Madani



Undang-undang berkaitan sektor perumahan akan dipinda bagi memastikan tindakan lebih ketat dikenakan terhadap pemaju yang menipu pembeli.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata antara tindakan dicadangkan adakan dengan menyenarai hitam nama pemaju terbabit sekali gus mengelakkan pemaju berkenaan melarikan diri ke negara lain.


"Selain daripada itu, antara cadangan pindaan adalah duit yang dibayar oleh pembeli rumah kepada pemaju, kementerian akan mewujudkan satu akaun ketiga 'escrow'.


"Maksudnya, semua wang yang dibayar oleh pembeli akan digunakan khusus untuk projek itu sahaja. Kini tanpa akaun escrow, pemaju boleh memindahkan wang dari projek A ke projek B sehingga projek A menjadi projek terbengkalai," katanya dipetik ketika menjadi tetamu pada program Agenda AWANI.


Dalam pada itu, Kor Ming juga memaklumkan KPKT kini sedang berusaha gigih untuk memperkenalkan Program Residensi Rakyat (PRR), insiatif baharu yang menambah baik segala aspek Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Menurutnya, sudah sampai masanya PPR direjuvenasikan dan dirancang berpandukan lima elemen utama iaitu accessibility, mobility, sustainability, livability dan connectivity seperti dilaksana di Jepun dan Singapura.


Menyentuh mengenai Belanjawan 2025 akan datang, Kor Ming berkata, pihaknya akan mencadangkan inisiatif deposit MADANI sehingga RM30,000 untuk pembeli rumah pertama dimasukkan dalam Belanjawan itu.

Inisiatif selaras dengan dasar kerajaan 'Rumahku, Syurgaku' itu dapat meringankan bayaran bulanan pembeli rumah pertama terutama golongan belia dalam kalangan B40 dan M40 serta merealisasikan aspirasi kementerian agar setiap rakyat memiliki tempat tinggal.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page