top of page

Golongan profesional antara 8 suspek berkaitan ekstremis Daesh, IS



Polis menahan lapan suspek termasuk seorang bekas pensyarah dalam satu lagi tindakan terbaharu pihak berkuasa terhadap elemen kegiatan ekstremisme berkaitan Daesh dan Islamic State (IS) dalam operasi serentak di empat negeri pada hujung minggu lalu.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, enam lelaki dan dua wanita tempatan berusia 25 hingga 70 tahun itu ditahan dalam operasi Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas (E8) Bukit Aman di Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.


"Siasatan awal polis terhadap kesemua suspek turut mendapati bahawa wujud ancaman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang kenamaan dan pimpinan tertinggi PDRM.


"Terdapat kepelbagaian latar belakang pekerjaan dan status ekonomi kelapan-lapan suspek seperti penganggur, suri rumah dan golongan profesional terpelajar," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.


Saifuddin berkata kesemua suspek ditahan selama 28 hari mengikut mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).


Ditanya sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan keganasan, Saifuddin berkata persamaan kesemua suspek itu ialah mereka memegang ideologi yang sama.


"Ia satu idealisme, satu pegangan dan kepercayaan dia bertolak dari satu keyakinan bahawa kepimpinan negara ini tidak berteras kepada sistem khalifah misalnya.


"… apabila keadaan itu tidak wujud maka wajarkan tindakan untuk memerangi pemerintah, itu antara sebahagian tanda pegangan kumpulan ini," katanya.


Saifuddin Nasution berkata elemen ekstremisme, radikalisme dan keganasan, ketika ini dikesan menyalahgunakan perkembangan teknologi moden serta menjadikan media sosial sebagai salah satu medium menyebarkan fahaman yang membahayakan.


"Kerajaan Malaysia bertegas bahawa tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang menjadi penghasut, pelaku, penyokong dan pemberi simpati buat elemen ekstremisme, radikalisme dan keganasan di negara ini.


"{Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang paling berat ke atas golongan ini," katanya.


Saifuddin berkata kerajaan memberi jaminan bahawa masyarakat umum tidak perlu berasa gusar terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page