top of page

Bekas Pengerusi BiPPA KEADILAN dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Sedunia



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dipilih sebagai Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS).


Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Datuk Dr Mohamad Azam Mohamed Adil berkata, pemilihan itu diumumkan Presiden IUMS Sheikh Ali Al-Qaradaghi dalam acara Global MADANI Forum anjuran IKIM pada Khamis lepas.


"Pemilihan Muhammad Nur berdasarkan sumbangan besar beliau dalam bidang pemikiran Islam semasa selain pembabitannya dalam lapangan dakwah tempatan dan antarabangsa.


"Beliau juga merupakan tokoh ilmuan yang disegani berdasarkan pengalaman luas dalam bidang pendidikan, pemikiran, falsafah, perbandingan agama dan pengurusan," katanya dalam kenyataan.


Muhammad Nur juga adalah tokoh kedua diiktiraf sebagai Ahli Kehormat IUMS selepas Sheikh Raed Salah Abu Shakra dari Palestin.


Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Muhamad Nur juga merupakan bekas pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti KEADILAN, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia dan pernah dilantik sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Sementara itu Mohamad Azam berharap pengiktirafan itu dapat memantapkan kerjasama IKIM dan Malaysia dengan rangkaian ulama seluruh dunia dalam usaha membina Islam manhaj sederhana demi membina tamadun khayra ummah.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page