top of page

Bekalan makanan ketika musim perayaan mencukupi - Mohamad Sabu



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa sumber makanan negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah melaksana langkah-langkah strategik bagi menjamin kestabilan bekalan dan mengelakkan sebarang gangguan terhadap rantaian bekalan.


"Selain itu kementerian juga berusaha untuk menarik minat lebih ramai anak muda, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera, untuk berkecimpung dalam sektor pertanian.


"Kementerian yakin dengan penyertaan aktif golongan muda dan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor pertanian negara akan terus berkembang maju serta mampu memenuhi keperluan rakyat secara berterusan," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya.


Kenyataan itu menyusul mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.


Mohamad di Dewan Rakyat pada Febuari lalu memaklumkan dewan mengenai usaha dilaksana kementeriannya untuk memastikan bekalan makanan utama mencukupi sekaligus mengelak kenaikan harga di pasaran.


Antara langkah tersebut ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membeli 188.89 tan ayam dan 2,486,022 biji telur ayam secara belian terus bagi menjamin bekalannya pada musim perayaan.


Pada masa sama, FAMA juga membuka pasaran kepada pengeluar bagi memasarkan hasil pertanian terus kepada pengguna, meliputi penjualan sayur, buah dan hasilan ternakan.


Selain itu bagi mengatasi isu kekurangan bekalan kelapa semasa, FAMA Corporation Sdn Bhd membeli 640 tan kelapa tua, selain mengimport 576 tan kelapa dari Indonesia sebagai langkah intervensi memastikan bekalannya mencukupi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page