top of page

Bekalan air Sg Bakap: Tuan Ibrahim jangan alih 'tiang gol'



Isu bekalan air bertekanan rendah yang dihadapi penduduk DUN Sungai Bakap terus dimainkan oleh ahli politik Pas biarpun pihak Kerajaan Madani telah menjawab isu terbabit banyak kali.


Malah dalam ceramah terbaharu Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menyuarakan persoalan kepada bekas Menteri yang menjaga sumber air di peringkat Persekutuan pada era Kerajaan PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kerana gagal menangani isu berkenaan.


Manakala jawapan Tuan Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab berdasarkan Akta Perkhidmatan Industri Air (WASIA) 2006, agak menghampakan.


Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Haziq Azfar, jawapan berkenaan lebih kepada cubaan ahli politik Pas untuk mengalih 'tiang gol' isu sebenar yang ditanyakan.


"Tatkala Kerajaan Negeri menguruskan sumber air dan Kerajaan Persekutuan memiliki aset air melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), isu bekalan air di Sungai Bakap menuntut projek berimpak tinggi yang hanya sesuai diterajui Kerajaan Persekutuan seperti pemindahan air (water transfer) antara Kerian dan Seberang Perai melalui Kerian Integrated Green Industrial Park (sebagaimana dicadangkan) oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


"Usaha Kerajaan Perpaduan ini pendekatan menyeluruh menamatkan 51 tahun pergantungan sumber air dari Seberang Perai Utara ke Sungai Bakap


"Sebab itu soalan Rafizi dalam ceramahnya adalah apa usaha menyeluruh yang diambil Tuan Ibrahim sebagai Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional untuk selesaikan masalah bekalan air di Sungai Bakap sewaktu mereka berkuasa," kata Haziq dalam satu kenyataan.


Tegas Haziq, itulah tiang gol sebenar. Katanya, gagal menjawab soalan tersebut menunjukkan tiada apa pun yang signifikan diusahakan Pas sewaktu mereka berkuasa.


Beliau juga sinis apabila Pas mempertahakan rekod mereka dengan memetik projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang sebagai 'buah tangan' Pas ketika menerajui Kerajaan Persekutuan untuk ditonjolkan sebagai kejayaan membantu rakyat Kelantan ketika memerintah.


Namun katanya, ahli politik Pas mengelak apabila ditanya apakah rekod bekas Menteri dalam menyelesaikan masalah air di Pulau Pinang yang Sungai Bakap berada di dalamnya.


"Sekurang-kurangnya syarikat operator air bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menyenggara dan mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) 26.3%, iaitu paling rendah di Malaysia.


"Tidak seperti Kelantan yang memiliki peratusan NRW sebanyak 53.7%, tertinggi di Malaysia," sinis Haziq lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page