top of page

Bekalan air P Pinang: Kedah bantu terlalu kecil berbanding dari Sg Perak



Bekalan air ke Pulau Pinang khususnya Sebarang Perai Selatan (SPS) yang dijadikan isu kononnya boleh dibantu oleh penyediaan bekalan air dari negeri Kedah dijelaskan dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) berkata, Kedah pernah menyatakan kesediaannya untuk membantu bekalan air di SPS namun kapasiti yang ditawarakn, kata beliau agak kecil berbanding keperluan sebenar pada waktu ini.


"Bekalan air mentah, Kedah memaklumkan kesediaan membantu tetapi jumlahnya terlalu kecil iaitu 25 juta liter sehari. Sedangkan keperluan di Perak, iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama mencecah 300 juta liter sehari.


"(Oleh itu) ikut perancangan, keupayaan Sungai Perak, kapasitinya boleh penuhi keperluan Pulau Pinang, 700 juta liter sehari.


"Untuk kos ini, kerajaan telah bersetuju luluskan sejumlah RM4 bilion dan memenuhi keperluan air di Pulau Pinang (selain utara Perak)," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau).


Manakala soalan tambahan Balik Pulau mengenai perancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air di SPS jangka pendek, terutama DUN Sungai Bakap yang banyak diperkatakan ketika ini dijawab PM, bahawa hal itu sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


"Tentang pengurusan bekalan air ini negeri dan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang telah pun mengadakan beberapa rencana yang menelan belanja agak tinggi, umpamanya sebahagiannya telah siap seperti LRA Bukit Panchor pada Disember 2023 tetapi belum mencukupi.


"Ada juga tangki sedutan di Taman Widuri, itu Mac 2024," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page