top of page

Bebaskan Fahmi Reza, karta satira bukan jenayah - AMK Sabah



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sabah berpendapat tindakan Polis Sabah menahan kartunis kontroversi, Fahmi Reza sebagai satu tindakan yang kurang wajar.


Menurut Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, Fahmi Reza hanya menyuarakan pandangan dan kritikan melalui seni satiranya, oleh itu perbuatan beliau tidak boleh dianggap sebagai jenayah yang perlu ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan.


"Kita maklum tindakan beliau mendapat respon yang berbeza daripada masyarakat. Namun selagi ia tidak mendatangkan mudarat ataupun perpecahan dalam kalangan masyarakat, beliau sewajarnya bebas melakukan kritikan sejajar dengan prinsip kebebasan bersuara yangdijamin dalam Perlembagaan selagi beliau tidak menyentuh soal agama dan raja yang boleh menimbulkan kekacauan dalam negara ini


"Bagi saya penahanan Fahmi Reza ini jelas tidak selari dengan prinsip dan nilai yang diamalkan di bawah kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di mana beliau sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju sekiranya Fahmi Reza ditahan atau didakwa susulan karyanya terkait perlantikan Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman," katanya dalam satu kenyataan.


Zaidi yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan Sabah berkata, AMK Sabah berpendirian bahawa bahasa kritikan melalui karya seni seperti satira tidak boleh dianggap satu jenayah kerana kebebasan bersuara dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan


"Justeru itu saya berharap agar pihak Polis Sabah dapat membebaskan Sdra Fahmi Reza dengan segera," katanya lagi.


Sebelum ini pada 30 Dis, Fahmi Reza ditahan pihak polis selepas lebih 30 laporan diterima berhubung poster karikatur yang didakwa berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.


Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, ditahan kira-kira jam 5 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Penahanan itu dibuat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page