top of page

Bebas muflis: 142,510 dapat pelepasan, hasil dasar peluang kedua



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah 142,510 individu telah mendapat pelepasan bankrap yang direkodkan melalui dasar peluang kedua yang dilaksanakan oleh kerajaan, melebihi sasaran awal 130,000 kes.


Perdana Menteri berkata, pelepasan dilakukan oleh Jabatan Insolvensi itu dapat memberikan nafas baharu kepada lebih 142,510 keluarga untuk memulakan kehidupan lebih baik.


"Kadang-kadang muflis disebabkan keadaan ekonomi seperti Covid-19 dengan tahap ekonomi yang menjejaskan keadaan kewangan mereka.. ada juga kesilapan mereka terutamanya para peniaga, tetapi tanggungjawab kita adalah untuk merangsang ekonomi dan juga memberi peluang kepada mereka.


"Ini adalah langkah awal kita untuk menjadikan Malaysia negara yang mampu berdaya saing dan maju," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan 100 tahun Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) dan Hala tuju Baharu di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.


Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam membela nasib rakyat dengan jumlah hutang berskala kecil untuk dilepaskan daripada kebankrapan melalui syarat-syarat tertentu.


Dasar yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 itu telah diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 bermula tahun ini.

".. dalam belanjawan MADANI ini kita tegaskan beberapa langkah dan saya bangga kerana tindakan yang diambil oleh Menteri dan jabatan supaya membawa perubahan termasuk dalam perubahan insolvensi .


"Saudara bayangkan kalau dalam setahun jabatan ini menunjukkan kecekapan mereka melepaskan lebih 140,000 orang lebih dari kemuflisan, maknanya 140,000 keluarga telah saudara-saudari selamatkan," katanya.


Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata individu ataupun syarikat yang telah diberikan peluang kedua perlu membuat Tindakan susulan.


"Pertama jangan ulang kesilapan lepas, kedua fahami peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui rangkaian jabatan dan kementerian yang pelbagai seperti TEKUN, MARA atau PUNB," katanya lagi.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page