top of page

BBC seru semua ahli Parlimen junjung integriti Parlimen



Oleh: Mohd Azuan Ab Rahman


Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menjunjung penuh titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar ahli Parlimen mengelak daripada mempolitikkan setiap isu untuk kepentingan parti.


Menerusi satu kenyataan, BBC menegaskan bahawa wakil rakyat mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan perbahasan di Parlimen kekal konstruktif berasaskan data serta tertumpu kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.


Justeru semua ahli Parlimen, tanpa mengira latar belakang politik diseru untuk bersama-sama menjunjung integriti Parlimen dengan mengutamakan perbahasan berkaitan kepentingan negara, bukan naratif politik yang memecahbelahkan.


"Parlimen perlu menjadi medan perbincangan yang matang dan bertanggungjawab, bukan pentas untuk menabur sentimen politik yang memecahbelahkan dan tidak membawa penyelesaian kepada rakyat.


"Hal ini sejajar dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menggesa Ahli Parlimen agar tidak mempolitikkan setiap isu," kata kenyataan tersebut.


BBC dipengerusikan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, ia berperanan melancarkan koordinasi antara Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan ketika sesi perbahasan selain turut memainkan peranan semak dan imbang dalam kerajaan.


Sementara itu dalam usaha membina budaya Parlimen yang lebih matang dan bertanggungjawab, BBC menyatakan komitmennya untuk memastikan perbahasan yang lebih bermakna serta berorientasikan penyelesaian.


"Marilah kita bekerjasama untuk memperkukuh institusi demokrasi danmembina Malaysia yang lebih progresif, inklusif dan bersatu padu," tambahnya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page