top of page

Bazar Ramadan 2025: DBKL diminta kaji semula kadar caj lesen



Oleh: Akmal Manaf


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengkaji semula kadar caj lesen sementara Bazar Ramadan 2025 berharga RM980 bagi mengelakkan golongan peniaga di ibu kota terus terbeban.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin menyifatkan, kadar tersebut agak keterlaluan sehingga menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan peniaga yang sedang bergelut dengan keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.


"Harga kanopi yang termasuk dalam kadar caj tersebut sebanyak RM500 merupakan satu perkara yang tidak masuk akal.


"Sedangkan harga kanopi yang digunakan peniaga boleh didapati dengan harga lebih munasabah.


"Peniaga juga boleh menggunakan khemah mereka sedia ada untuk berniaga," katanya menerusi satu kenyataan.


Ketua Penerangan AMK Setiawangsa itu menambah, DBKL perlu kembali kepada matlamat asal dengan memastikan peniaga tidak lagi tertipu dengan harga lesen dan sewaan yang tidak munasabah oleh pihak tertentu, dan bukannya menekan golongan berkenaan dengan kadar caj yang membebankan.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page