top of page

Bazar Deepavali: Akan datang DBKL kendalikan tapak niaga - Dr Zaliha



Masalah pertikaian tapak berniaga setiap kali musim perayaan di Kuala Lumpur perlu ditangani secara tuntas.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berikutan berlaku rungutan terkait tapak Bazar Deepavali di Brickfields kerana didakwa terdapat peniaga yang tidak dibenar berniaga.


Menurut Dr Zaliha, masalah itu timbul apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan pengendalian tapak kepada pihak ketiga, iaitu sebuah persatuan.


Katanya, hanya 20 tapak dibenarkan oleh DBKL tetapi pihak persatuan menawarkan kepada peniaga lebih daripada jumlah berkenaan.


"Jadi disebabkan itu, tapak (peniaga) yang lebih itu diambil tindakan oleh DBKL. Bukan salah mereka. Tapi pihak ketiga yang menguruskan yang tidak ikut arahan yang ditetapkan oleh DBKL.


"Perkara ini bukan kali ni sahaja berlaku. Waktu Bazar Ramadan yang lalu pun berlaku juga. Jadi, saya rasa perlu ada tindakan serius diambil.


"Saya telah arahkan DBKL untuk pastikan, semua bazar selepas ini tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan, sebaliknya DBKL sendiri yang perlu menguruskan bazar tersebut," katanya.


Selain itu, kata Dr Zaliha, terdapat juga masalah apabila pihak ketiga menyewakan tapak dengan harga berkali ganda daripada yang disewakan DBKL kepada pihak pengurusan.


"DBKL sewakan kepada pihak ketiga dengan nilai yang rendah, tetapi sewa itu akan dinaikkan oleh pihak ketiga tersebut.


"Fair enough... sebab semua pengurusan mereka yang buat, termasuk memeriahkan suasana bazar dan sebagainya, tetapi kos sewa tinggi yang disewa oleh mereka itu siapa yang akan tanggung? Sudah pasti akan diserap dalam harga jualan (peniaga).


"Untuk kes di Brickfields, perkara dah pun jadi. Deepavali pun berbaki kurang 10 hari lagi. Tadi saya dah hubungi Datuk Bandar minta bantu permudahkan urusan mereka yang terkesan ini. Saya dimaklumkan ada 10 orang," katanya.


Sebagai penyelesaian, Dr Zaliha meminta DBKL mencari kawasan baharu kepada peniaga dan bantu permudahkan lesen pengeluaran lesen untuk para peniaga itu mencari wang sempena Deepavali.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page